Stress Punca Kegemukan. Betul Ke...
.
Kalau rajin, boleh baca. Panjang karangan ni. Hehehee. M0ga Bermanfaat untuk semua.
-----
Pernah tak uolls dengar yang stress boleh menjadi penyebab kegemukan? Acaner tu?
Ok camni..
Sebenarnya, ketika kita sedang mengalami tekanan ataupun stress,
kelenjar badan kita akan menghasilkan satu hormon yang dinamakan
kortisol. Kortisol ini akan menaikkan tekanan darah dalam badan supaya kita menjadi lebih fokus dalam menghadapi tekanan tersebut.
Hormon ini juga akan mengarahkan sel – sel badan untuk menyimpan lemak
di bahagian pertengahan badan bagi persediaan sekiranya kita terpaksa
bertahan tanpa makan selama beberapa hari akibat tekanan yang dihadapi.
Sekiranya stress yang dihadapi adalah berbentuk fizikal; seperti
dikejar haiwan liar atau terlibat dalam pergaduhan, kortisol dan
beberapa hormon badan yang lain akan meninggikan kadar metabolisma
(kadar pertukaran makanan kepada tenaga) dan menahan selera supaya anda
fokus berhadapan dengan bahaya yang sedang dihadapi.
Apabila
bahaya sudah berakhir, anda akan berasa sangat lapar disebabkan oleh
sistem tubuh badan anda mempercayai bahawa anda telahpun membakar gula
dan lemak yang berlebihan ketika melarikan diri, berlawan, dan
sebagainya.
Namun begitu, sekiranya stress yang dihadapi
berbentuk emosi dan bukannya fizikal; seperti salah faham antara
pasangan, timbunan kerja pejabat, dan lain – lain lagi, anda tidak
menggunakan tenaga sama seperti stress yang melibatkan fizikal.
Maka, tiadalah pembakaran gula dan lemak yang berlebihan. Namun,badan
akan tetap menghasilkan reaksi sama yang menyebabkan kita berasa sangat
lapar walaupun tiada pembakaran tenaga berlebihan berlaku.
Tambahan pula, kortisol akan menahan system imun badan untuk berfungsi
dengan baik dan mengurangkan hormon Serotonin dan Dopamin (sejenis bahan
kimia di dalam otak yang memberi rasa kegembiraan dan membantu
memperbaiki tekanan).
Kekurangan kedua – dua hormon penting ini
akan membawa anda menjadi lebih gusar, sedih dan membawa kearah lebih
tekanan. Sekali lagi, proses yang sama berlaku dan anda akan makan
dengan lebih banyak.
Sel-sel lemak di sekeliling perut merupakan
bahagian tubuh yang paling sentitif kepada kortisol, dan merupakan
bahagian paling efektif dalam penyimpanan tenaga. Perkara ini merupakan
sebab mengapa stress yang berlebihan menyumbang kepada kenaikan berat di
bahagian perut.
Semoga manfaat.
Jemput F0ll0W FB Page Lentik Dara Penang
Carian G00gle berkaitan :
- Hormon Kortisol
- Hormon Serotonim
- Hormon Dopamin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan